Skinpress Rss

Showing posts with label Selsema. Show all posts
Showing posts with label Selsema. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Lagi testimoni DrSneez (2)

Bismillahirrahmanirrahim...
Suka sangat bila customer mula bagi feedback mengenai krim selsema ini. boleh dikatakan semuanya adalah positif. Jom tengok...








Boleh baca lagi testimoni di SINI.

More info mengenai DrSneez, klik SINI.

Jom, dapatkan DrSneez sekaramg.
PM / WhatsApp saya di 019.3037343 atau email lyanabiz@gmail.com


Thursday, 6 December 2012

Lagi testimoni DrSneez

Bismilahirrahmanirrahim..
Jom baca testimoni DrSneez lagi...



 
 
 


Klik sini untuk baca lebih lanjut mengenai krim selsema DrSneez.

Dapatkan DrSneez sekarang.
PM/ WhatsApp 019.3037343 email lyanabiz@gmail.com

Wednesday, 5 December 2012

Radang Sinus (Resdung/ Sinusitis)


1. Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

2. Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
- sinus akut
- sinus kronik

3. Apakah agen penyebab radang sinus?
Radang sinus boleh disebabkan oleh :
- Virus
- Bakteria
- Kulat

Agen penyebab radang lain:
- Alahan
- Iritasi kimia
- ketumbuhan dalam hidung (polyp)

4. Apakah tanda dan gejala radang sinus?
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Letih dan lesu
- Hilang deria rasa dan bau
- Batuk teruk pada waktu malam

5. Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
- Radang sinus kronik
- Sakit kepala kronik
- Bisul pada sinus maxilar
- sinus frontal
- sinus ethmoidal
- otak
- mata.

6. Bagaimana merawat radang sinus?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
- Rehat yang cukup
- Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
- Makan ubat penahan sakit ( panadol)
- Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
-Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
- Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
- Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
- Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


7. Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
- Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
- Pastikan kelembapan di rumah baik
- Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
- Berhenti merokok
- Hindari alkohol
- Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Sumber: http://www.facebook.com/pages/MedMy

Jom cuba rawatan alternatif untuk mengurangkan gejala selsema dan resdung dengan krim DrSneez.



Klik di sini untuk baca lebih lanjut mengenai krim DrSneeze. Diformulasi untuk semua peringkat umur dan selamat untuk bayi dan ibu mengandung.
Dapatkan krim Dr Sneez sekarang.
lyanabiz@gmail.com / 019.3037343

Friday, 30 November 2012

Berjimat dengan DrSneez, krim selsema no 1 di Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim...


Berapa banyak kuantiti sapuan yang disarankan..?

Kuantiti sapuan adalah lebih kurang sebesar biji beras,
Besar biji beras adalah lebih kurang 20-30mg.
DrSneeze mengandungi lebih kurang 10g krim.

Jumlah sapuan dalam lingkungan 333-500 kali sapuan.
Jika anda menyapu 2x sapuan sehari, anda memerlukan 166-250 hari untuk menghabiskan 1 tiub DrSneez..

Jimat Bukan?
Dapatkan DrSneez sekarang.
PM/ WhatsApp 019.3037343 email lyanabiz@gmail.com

Thursday, 29 November 2012

Testimoni DrSneez

Bismillahirrahmanirrahim...
Jom baca testimoni pengguna DrSneez.






Dapatkan krim Dr Sneeze sekarang.
lyanabiz@gmail.com / 012.7195561 

Friday, 23 November 2012

FAQ Krim Selsema DrSneez


Q. Boleh ceritakan serba sedikit mengenai DrSneez
A:  DrSneez adalah krim keluaran Drazma Wellness Marketing laman web kami di www.drazma.com. Kebanyakan rawatan moden atau alternatif  untuk selsema dan resdung hanya menggunakan ubat atau ramuan yang dimakan secara mulut(oral), semburan(spray) atau titisan(drop) ke hidung. Sebarang persediaan yang perlu dimakan perlu diproses oleh hati (Liver) sebelum ianya berguna untuk melegakan gejala-gejala yang berkaitan.

Ini  amat membebankan hati(liver) itu sendiri. Isu kesuaian umur juga perlu dipertimbangkan. Kita tahu semakin muda manusia itu, seperti kanak-kanak ,semakin kurang keupayaan hati(liver) untuk tujuan pemprosesan. Penggunaan secara semburan atau titisan yang berterusan juga boleh menyebabkan membran  di dalam lapisan hidung menjadi kering dan pedih,  ini mengurangkan kerelaan seseorang pengguna untuk terus menerima rawatan.

Menggunakan kulit sebagai perantara atau “delivery system” dapat mengurangkan masalah ini. Dari situ timbullah kajian mengenai krim thrudermal DrSneez ini. Kami memilih untuk menggunakan bahan yang senang digunakan dan selalu digunakan  oleh masyarakat.

Q:  Apakah kegunaan Dr Sneez ini?
A:  DrSneez  diformulasikan untuk mengurangkan  gejala-gejala tidak selesa akibat selsema dan resdung. Resdung dalam bahasa perubatan disebut sebagai allergic rhinitis dan sinusitis. Ianya dibangunkan dinegara kita sendiri dan bukan bahan siap yang diimport dan di bungkus  semula.

Q.  Apakah contoh-contoh gejala selsema dan resdung yang dapat dibantu?
DrSneez  dapat mengurangkan gejal-gejala seperti
  • Hidung yang berair
  • Selalu bersin terutamanya di awal pagi atau semasa persekitaran sejuk
  • Gatal yang melampau di sekitar kawasn T di wajah.
  • Melegakan pernafasan hidung yang tersumbat
  • Mengurang batuk akibat selsema.
  • Melegakan sakit kepala akibat tekanan dalam sinus.
Q: Bagaimanakah ia digunakan?
A: Cara penggunaannya amat mudah. Apa yang anda perlukan hanya sapukan sedikit lapisan nipis krim ini pada permukaan hidung dan sinus atau lebih dikenali sebagai kawasan T pada wajah. Anda dapat merasakan keberkesanan dalam waktu yang agak cepat.

Q: Apakah kandungan DrSneez ini?
A: Krim DrSneez ini diformulasikan dari bahan-bahan yang ada didapur rumah kita. Bahan aktif yang  terkandung termasuk Curcumin domestica longa atau senang dipanggil kunyit, Nigella Sativa atau mudahnya habatus sauda dan Foeniculum Vulgarae atau jintan manis.  Ketiga-tiga bahan yang boleh dipanggil rempah ini boleh selsema atau resdung dengan cepat dan selamat.

Q: Apa perbezaan applikasi DrSneez ini berbanding dengan applikasi cara lama dengan menyapukan terus kunyit hidup ke kawasan hidung?
Q: DrSneez mengabungkan bahan-bahan tersebut dengan teknologi THRUDERMAL yang mampu membantu resapan yang tinggi ,bahan aktif dapat meresap  ke dalam kulit di kawasan yang dikehendaki. Applikasi tradisional memerlukan jumlah yang lebih besar dan resapan bahan aktif tersebut tidak dapat dipastikan.

Q: Cuba terangkan sedikit apakah teknologi THRUDERMAL ini?
A: Teknologi Thrudermal menggunakan pembawa tertentu yang dapat membawa bahan  aktif melepasi halangan kulit atau lebih dikenali sebagai epidermis. Bahan aktif ini akan dibawa jauh kedalam lapisan ini dan hasilnya ia hanya memerlukan sedikit sahaja. Sebagai contoh kunyit yang diperlukan dan kesannya amat pantas bergantung kepada ketebalan kulit atau epidermis ini.

Q: Mengapa menggunakan Curcuma Longa, Nigela Sativa dan Foeniculum Vulgarae ini?
A: Kajian menunjukkan ketiga-tiga bahan yang mudah didapati ini mempunyai sifat anti histamine ( anti inflammatory )  dan anti oksida yang tinggi dan dapat mengurangkan keradangan dengan cepat. Curcuma Longa mengandungi Curcumin yang juga bersifat anti-virus, anti-bacteria dan anti-fungus yang semulajadi. Kombinasi sifat-sifat ini mampu menangani gejala-gejala resdung dan selsema dengan efektif.

Q: Adakah DrSneez ini selamat?
A: Oleh kerana kesemua bahan ini adalah dari bahan alami ianya adalah selamat kecuali pengguna sudah dikenal pasti alah kepada bahan-bahan tersebut. Secara umumnya applikasi krim setempat tidak akan mendatangkan masalah . Sekiranya berlaku alahan maka pengguna dinasihatkan untuk menghubungi pihak kami atau menghubungi terus pegawai perubatan kami TEL: 03-5110 2956
Hotline:
  • Dr Azman +6019-663 2067
  • Dr Sazali +6019-576 3031
  • Dr Hisyam +6010-369 2656 
  • Dr Zulkifli +6010-242 0332.

Q: Adakah DrSneez berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
A: Krim drsneez berdaftar dengan KKM di bawah Nombor Notifikasi , NOT-110403473-K

Q: Adakah DrSneez ini boleh digunakan pada kanak-kanak bawah 2 tahun?
A: DrSneez diformulasikan untuk semua peringkat umur. Sapuan lebih mudah terutama pada kanak-kanak dan bayi yang tidak sesuai minum ubat.Sapuan juga lebih mudah kerana kanak-kanak atau bayi boleh diberikan sapuan semasa waktu tidur.

Q: Adakah DrSneez ini boleh menyebabkan kesan mengantuk seperti ubat selsema lain?
A: Tidak.

Dapatkan krim Dr Sneeze sekarang.
lyanabiz@gmail.com / 019.3037343

Thursday, 22 November 2012

Apakah selsema dan resdung?


Selsema (rhinorrhea) adalah penyakit akut yang melibatkan lapisan membran rongga hidung (nostril) dan rongga sinus. Ia terhasil dari dedahan kepada habuk, agen alahan dan jangkitan kulat, virus atau bakteria.

Selsema menyebabkan rembesan mukus yang berlebihan menyebabkan cecair yang sentiasa meleleh dari hidung yang tidak selesa. Selsema boleh diiringi oleh simptom lain seperti demam, batuk dan sakit kepala.

Resdung merujuk kepada keadaan yang sama tetapi sedikit berbeza. Ia bersifat kronik (lama dan berterusan) dan kemungkinan diselangi dengan selsema, demam, dan sakit kepala yang teruk. Ia boleh melibatkan hidung sahaja (disebut sebagai allergic rhinitis) atau rongga-rongga sinus (sinusitis).
Ianya boleh berpunca dari alahan kepada persekitaran, jangkitan kuman, bakteria dan virus.

Dapatkan Krim DrSneez Sekarang. 
lyanabiz@gmail.com / 012.7195561