**Copy & Paste
Sangat suka artikel ni. Sangat brilliant!
Oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb
1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu
dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali
sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud,
setiap hari sebelum anda ke pejabat,
boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan
kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan
berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat
atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5
sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10%
setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta!
katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai
seorang jutawan.
2: Potong kad kredit
Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya,
sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet
anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang
amat tinggi- paling tinggi dalam
industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk
perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan
anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%.
Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya!
Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor
akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosi
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai
berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap
berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih
banyak nilainya untuk setiap pembelian... Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak
perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang
kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan
sahaja.
Maksudnya, pilih satu
bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur,
maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin
anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami.
Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan
Internet.
Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik
kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan
kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi
untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.
5: Hutang yang bagus
Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang
yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?
Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli
rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang
untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan
pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia
menambah nilai diri kita sendiri.
Manakala, berhutang untuk
melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda.
Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot
merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga
adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik
menyusut 30%!
6: Baca 30 minit
Pop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik
dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda
sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.
Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu
buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan
kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin
lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu. Dengan hanya
membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih
awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat
membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari,
anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.
Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku
berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca
lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?
Confirm!
Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar
berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam
bidang mereka.
7: Cari kawan baru
Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak
dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak
berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata
anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan
baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang
sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan
diri anda sahaja! Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang,
dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam
industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya,
anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada
anda!
8: Jangan baca sahaja
Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin
tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering
melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini
anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang
amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah
hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara
yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!