Skinpress Rss

Wednesday 18 June 2014

CMC Acne Cream, krim jerawat terbaik

Bismillahirrohmanirrohim...

Harini nak share pasal kri jerawat. Barang baik harus lah di share kn...
CMC Acne Cream.
Krim ni berasaskan kunyit putih, sama lah macam kapsul nya. 
Ramai yang mengakui, ianya berkesan sepantas 2 hari. dan ada yang mengatakan hanya 24 jam.
biarlah testimonial berkata-kata..


semestinya selamat dan organik.
Harga RM45 termasuk pos ke semenanjung.

sms/ whatsapp 012-7195561

Thursday 19 September 2013

Mencari Mini Agen Curcuma Mangga Cure (CMC)

Bismillahirrohmanirrohim.

Anda mencari-cari idea bisnes apa nak buat? 
Modal kecil?
Minat produk kesihatan?

Jom jadi Mini Agen CMC


Wednesday 18 September 2013

Curcuma Mangga Cure (CMC)

0

Assalamualaikum..
Tak habis2 dengan produk yang ada kena mengena dengan resdung kan... Lantak la apa orang nak cakap apa, but... i is pantang dengar produk yang boleh melegakan atau menyembuhkan (macam mustahil je) resdung. Sebab dah penat hidup dengan resdung ni. heeheehe.
Maka, dengan tidak berlengah lagi saya kini PENGEDAR CURCUMA MANGGA CURE.



APA ITU CURCUMA MANGGA (KUNYIT PUTIH)?

Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik umbinya seperti umbi jahe dan berwarna kuning muda (krem). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan bila telah diekstrak atau dijadikan bubuk, warnanya tetap kuning muda (krem).
Meski demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma Mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser.


Di Kepulauan Jawa (Indonesia), Kunyit Putih biasanya digunakan untuk menurunkan suhu demam, sedangkan di Dayak untuk mengubati batuk darah dan keracunan makanan. Bagi wanita yang sedang menjalani masa nifas, Kunyit Putih berperanan sebagai pembersih rahim. Kunyit Putih juga boleh dikunyah sebagai pengurang bau nafas. Rebusannya bisa mengubati sakit gigi, pencernaan dan angin dalam badan.

Dengan kandungan aktif yang dimilikinya, Kunyit Putih dapat membantu untuk menyembuhkan Kanser dan Tumor, Gastrik, Buasir, Radang Kerongkong, Radang hati, Bronkhitis, Tonsil, Kesakitan Haid, Keputihan, Jerawat, Bisul, Diabetes, dan Asma, Darah Tinggi, Strok, Sakit Jantung, Asid Perut, serta menurunkan Kolesterol.


CMC boleh didapati dalam 2 saiz 

Full Pack - 60 biji 
Harga RM85 termasuk pos. Sabah dan Sarawak +RM5

Half Pack - 30 biji
Harga RM45 termasuk pos. Sabah dan Sarawak +RM5


Apa yang menarik perhatian saya mengenai CMC ini ialah fungsinya sebagai Anti kanser, Anti oksida, Anti Toksik dan Anti Radang, InsyaAllah

Antara testimoni pengguna












RINGKASAN PRODUK
i. Bahan ramuan dalam kapsul:
a. Kunyit Putih, Kunyit Gajah, Halia Bara, Bunga Inai Merah (hanya menggunakan campuran semulajadi)
ii. Khasiat Kapsul Kunyit Putih :
a. Mematikan perkembangan kanser (Termasuk tanda awal HIV);
b. Mengatasi masalah kewanitaan (Keputihan dan haid yang tidak teratur);
c. Menurunkan berat badan keterlaluan;
d. Melancarkan peredaran darah;
e. Mencegah Barah Angin; dan
f. Mengurangkan nafas berbau dan sakit gigi
g. Mengubati Buasir
iii. Larangan penggunaan kepada wanita hamil dan kanak-kanak.
iv. Kesan awal penggunaan mendapati pengamal akan sering merasa lawas untuk membuang air, pening dan rasa lesu. Ini adalah proses awal nyahtoksid. Untuk mengurangi pening dan rasa lemas, pengguna Kunyit Putih disarankan mengambil makanan yang bergizi dan vitamin secara teratur serta banyakkan minum air putih.


Ingin dapatkan CMC?
Hubungi Lyana 012.7195561(sms/ whatsapp) atau lyanabiz@gmail.com

Tuesday 21 May 2013

8 tip mudah untuk hidup yang mewah- IK

**Copy & Paste
Sangat suka artikel ni. Sangat brilliant!

Oleh: Irfan Khairi
http://www.facebook.com/irfankhairi.fb

1: Tak perlu kopi & rokok!


OK OK…. Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari. Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun, anda akan pencen sebagai seorang jutawan.

2: Potong kad kredit

Ambil gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang sebenarnya memakan simpanan anda.

Katakan anda membayar Interest kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad kredit yang tidak kita nampak.

3: Jaga emosi 
 
Siapa kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih banyak nilainya untuk setiap pembelian... Anda tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu embaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan. Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.

Maksudnya, pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca buku-buku perniagaan Internet.

Dengan mendalami sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih mewah.

5: Hutang yang bagus

Selepas ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?

Hutang yang bagus bermaksud hanay berhutang pada perkara-perkara yang menambah nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kernana nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.

Manakala, berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara automatik menyusut 30%!

6: Baca 30 minit

Pop kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.

Kebanyakan antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat bertambah kerana kurangnya ilmu. Dengan hanya membaca buku 30 minit diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.

Dalam masa 2-3 tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku yang berkaitan dalam bidang anda?

Confirm! Anda akan menjadi pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.

7: Cari kawan baru

Anda akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit, sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja! Dapat kan kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya, dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!

8: Jangan baca sahaja

Jangan baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.

Mempunyai ilmu sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda. Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
 

Tuesday 18 December 2012

Lagi testimoni DrSneez (2)

Bismillahirrahmanirrahim...
Suka sangat bila customer mula bagi feedback mengenai krim selsema ini. boleh dikatakan semuanya adalah positif. Jom tengok...








Boleh baca lagi testimoni di SINI.

More info mengenai DrSneez, klik SINI.

Jom, dapatkan DrSneez sekaramg.
PM / WhatsApp saya di 019.3037343 atau email lyanabiz@gmail.com


Thursday 6 December 2012

Lagi testimoni DrSneez

Bismilahirrahmanirrahim..
Jom baca testimoni DrSneez lagi...



 
 
 


Klik sini untuk baca lebih lanjut mengenai krim selsema DrSneez.

Dapatkan DrSneez sekarang.
PM/ WhatsApp 019.3037343 email lyanabiz@gmail.com

Wednesday 5 December 2012

Radang Sinus (Resdung/ Sinusitis)


1. Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.

2. Radang sinus?
Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanak-kanak. Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
- sinus akut
- sinus kronik

3. Apakah agen penyebab radang sinus?
Radang sinus boleh disebabkan oleh :
- Virus
- Bakteria
- Kulat

Agen penyebab radang lain:
- Alahan
- Iritasi kimia
- ketumbuhan dalam hidung (polyp)

4. Apakah tanda dan gejala radang sinus?
Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala atau muka
- Jerawat pada muka
- Selsema berpanjangan
- Hidung berbau busuk
- Demam
- Letih dan lesu
- Hilang deria rasa dan bau
- Batuk teruk pada waktu malam

5. Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?
Radang sinus akut boleh menyebabkan:
- Radang sinus kronik
- Sakit kepala kronik
- Bisul pada sinus maxilar
- sinus frontal
- sinus ethmoidal
- otak
- mata.

6. Bagaimana merawat radang sinus?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
- Rehat yang cukup
- Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
- Makan ubat penahan sakit ( panadol)
- Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
-Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.

Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
- Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
- Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
- Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.


7. Bagaimana cara mencegah radang sinus?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
- Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
- Pastikan kelembapan di rumah baik
- Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
- Berhenti merokok
- Hindari alkohol
- Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam.

Sumber: http://www.facebook.com/pages/MedMy

Jom cuba rawatan alternatif untuk mengurangkan gejala selsema dan resdung dengan krim DrSneez.



Klik di sini untuk baca lebih lanjut mengenai krim DrSneeze. Diformulasi untuk semua peringkat umur dan selamat untuk bayi dan ibu mengandung.
Dapatkan krim Dr Sneez sekarang.
lyanabiz@gmail.com / 019.3037343